Tuesday 7 June 2016

Setiap orang sentiasa ingin mengetahui apakah harga emas sekarang tetapi tahukah mereka adakah itu harga emas yang murah atau tidak. Bagi orang yang celik emas baginya mudah untuk mengetahui apakah harga emas yang patut sebaliknya mereka yang buta emas yakni tidak ada ilmu asas dalam emas sudah tentu tidak pasti sama ada harga emas itu patut untuk mereka. Berikut adalah perbezaan mereka yang celik emas dan tidak.

GOLONGAN CELIK EMAS 

1. Mula sedar tentang ilmu emas lalu membuat research atau kajian mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet, blog-blog, laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak.

2. Perasaan ingin tahu yang amat kuat dan merasakan aura dan potensi emas.

3. Berasa tidak sabar untuk memiliki emas dan apabila memiliki emas, akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.

4. Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5. Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar adalah dinar dan dirham, namun untuk mengaplikasikannya sekali gus amatlah payah. Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6. Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul, kalis inflasi dan mengelakkan dari meyimpan wang kertas yang susut nilai. Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7. Sedar wang kertas penuh dengan riba, dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan. Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

8. Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang. Ini juga dapat menigkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain. Sabda Nabi Muhammad SAW " Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah, Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi, Sidiqqin, dan para Syuhada" - Riwayat At Tarmizi

9. Tahu di mana sumber rujukan harga emas dunia dan tahu bagaimana hendak mengira harga segram emas dan dapat menentukan harga emas di kedai adalah relevan atau tidak.

GOLONGAN BUTA EMAS



1. Tidak tahu apa-apa tentang emas. Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas, rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.



2. Pernah dengar dan baca tentang emas tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas dan akhirnya jadilah ia buta emas.

3. Seseorang pernah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini, namun mereka berada dalam zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati dan minda untuk mengetahui lebih lanjut. Kesilapan golongan ini adalah kerana berasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat. Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.

4. Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas. Hanya untuk keuntungan semata-mata. Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak meyimpan. Hanya sekadar memberi tahu "buy low, sell high" (konsep pelaburan).

5. Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham. Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun, mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar. Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalah (jual dan beli).

6. Tidak kisah dengan riba, tidak faham, tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

7. Selalu menjadi mangsa penipuan dalam harga emas kerana sememangnya mereka ini tidak tahu pun bagaimana hendak menentukan harga sesuatu emas semasa. Mereka ini kerap juga memajak di kedai pajak emas konvensional yang mengamalkan riba dan menipu mereka hidup-hidup.

Kesimpulannya, masyarakat umat Islam harus celik emas kerana ilmu ini telah lama tenggelam dari umat Islam dan tugas menyebarkan tentang kabaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.


"ORANG YANG ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS, ORANG YANG ADA EMAS, PASTI ADA DUIT